(Video) Budak 15 Tahun Hasilkan Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong - Info Viral

Terkini

(Video) Budak 15 Tahun Hasilkan Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong

buah kedondong salurkan elektrik, pokok kedondong, kedondong

Naufal Raziq, 15, mula menjadi sebutan ramai selepas kanak-kanak dari Aceh, Indonesia itu berjaya menemui satu penemuan baru dalam penghasilan tenaga elektrik dari pokok kedondong.

Difahamkan, dengan penemuan tersebut kawasan penduduk setempat di kawasan kediamannya kini memiliki bekalan elektrik.

Eksperimen yang dijalankan telah memakan perbelanjaan sebanyak Rp14j juta (lebih kurang RM4500) dengan 80 kali percubaan.

Pada awal eksperimen, Naufal menggunakan kentang sebagai bahan ujikaji.

Kemudian dia mula menyedari bahawa buah yang mengandungi asam boleh menghasilkan elekrtik, eksperimen seterusnya diteruskan.

Bahan-bahan lain yang digunakan dalam proses tersebut; tembaga, batang besi, kapasitor untuk mendapatkan tenaga elektrik dari pokok kendodong.

Kira-kira sebanyak 60 buah rumah di kawasan perumahannya kini mendapat bekalan elektrik. Hebat!

hasilkan tenaga elektrik guna pokok kedondong

Video:



sumber

loading...

No comments