[Video] Laut Aral, tasik keempat terbesar di dunia berubah menjadi tanah gersang - Info Viral

Terkini

[Video] Laut Aral, tasik keempat terbesar di dunia berubah menjadi tanah gersang

laut aral, gurun aral

Suatu ketika dahulu, Laut Aral pernah menjadi salah satu tasik yang terbesar di dunia tetapi kini saiznya semakin menyusut dan menjadi kering-kontang.

Tasik yang dahulunya pernah mencapai keluasan sehingga 26,000 batu persegi ini terletak di sempadan antara Uzbekistan dan Kazakhstan. Namun, semenjak sekitar tahun 1960-an, tasik ini mencatatkan pengeringan secara drastik apabila sungai yang mengairi kawasan tersebut telah dialihkan untuk mengairi sawah dan ladang kapas.

Kesannya, tasik tersebut mengering menyebabkan aktiviti penangkapan ikan terhenti manakala kapal-kapal lama tidak lagi boleh digunakan dan terdampar di kawasan gurun yang dahulunya pernah mempunyai hampir separuh daripada saiz England.

Laut Aral, tasik keempat terbesar di dunia berubah menjadi tanah gersang

Fenomena mengejutkan ini digelar sebagai ‘bencana alam yang paling teruk di dunia’.

Ianya berpunca daripada tindakan Soviet Union yang mengalihkan pengaliran air sungai ke kawasan ladang kapas. Walau bagaimanapun, projek ini hanya mencatatkan kejayaan pada jangka masa yang pendek.


Tindakan para jurutera dalam mengalihkan sungai Amu Darya dan Syr Darya ke ladang kapas bagi tujuan pengeksportan telah menuju kegagalan yang sangat teruk!

Kegiatan pengalihan dua buah sungai yang sepatutnya mengairi Laut Aral menjadi punca utama kepada pengeringan air di tasik tersebut.

gurun aralkum

Pengeringan tasik ini telah mengakibatkan lapisan-lapisan pasir yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Angin pula akan bertindak sebagai agen dalam membawa pasir ini ke kawasan-kawasan lain dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser dan lain-lain penyakit biasa di kawasan tasik ini.

“Anda tidak boleh melihat garam itu di udara tetapi anda boleh merasanya pada kulit dan lidah,” ujar seorang wanita tempatan di mana suaminya menghidap penyakit bronkitis kronik. Menurutnya, bukan hanya garam yang menjadi ancaman kepada penyakit tetapi juga angin yang membawa haiwan-haiwan perosak berbahaya.

Imej satelit Laut Aral yang menunjukkan perbandingan pada tahun 1964 dan 2014



Kawasan ini juga diberikan nama baru iaitu Gurun Aralkum.

Anda bayangkan kawasan tasik yang luas kini bertukar menjadi kawasan habitat bagi unta dan kapal-kapal terbiar.

Walaupun terdapat beberapa negara yang cuba membantu mengembalikan kemegahan Laut Aral suatu ketika dahulu, hanya beberapa projek sahaja yang menemui kejayaan misalnya projek di Kazakhstan.

Kazakhstan telah membina sebuah empangan besar di sekitar Laut Aral dikenali sebagai Dike Kokaral bagi mengairi semula kawasan tanah gersang ini.



Kejayaan ini telah meningkatkan populasi ikan dan kewujudan air di kawasan tersebut juga membolehkan berlakunya hujan.

Walaupun pembinaan empangan tersebut hanya mampu menyumbangkan air dalam kuantiti yang sedikit, ianya merupakan satu langkah besar dalam mengembalikan semula kehidupan ekosistem air yang pernah wujud di Laut Aral suatu ketika dahulu.

Video :



sumber

loading...

No comments