Kanak-kanak Lima Tahun Diberi Kuasa Tentukan Hukuman Pada Bapa Sendiri - Info Viral

Terkini

Kanak-kanak Lima Tahun Diberi Kuasa Tentukan Hukuman Pada Bapa Sendiri

Kanak-kanak Lima Tahun Diberi Kuasa Tentukan Hukuman Pada Bapa Sendiri

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah diberikan kuasa buat pertama kalinya untuk menentukan hukuman kepada bapanya sendiri.

Hakim mahkamah, Frank Caprio, telah membenarkan Jacob memilih hukuman bakal dikenakan kepada bapanya yang melakukan kesalahan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Jacob dilihat menemani bapanya yang sedang dalam perbicaraan bersama pihak pengadilan.

Dia kemudian dipanggil hakim dan telah ditanya beberapa soalan.

Setelah menjawab beberapa soalan yang diberi, Jacob kemudian ditanya apakah hukuman yang ingin diberikan kepada bapanya.

Hakim tersebut memberi tiga pilihan iaitu, dikenakan denda sebanyak 90 dollar (RM383), 30 dollar (RM127) atau tidak dikenakan sebarang bayaran.

Apa yang mencuit hati dan mengejutkan hakim tersebut, Jacob memilih untuk mendenda ayahnya sebanyak 30 dollar.

Keputusan yang dibuat Jacob itu diterima hakim, dan bapanya perlu membayar sebanyak 30 dollar sebagai hukuman.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut berpendapat bahawa Jacob adalah seorang anak yang bijak dan tidak pilih kasih kerana bertindak adil terhadap bapanya yang telah melakukan kesalahan.

Berikut kami kongsikan video kanak-kanak tersebut yang tular di media sosial:

Little Lad Roasts Father Over Parking Fine
This little guy has his head screwed on 😂👏
Posted by UNILAD on Tuesday, 30 May 2017


sumber

loading...

No comments