(Video) Bekas Tentera A.S Masuk Islam Selepas Kagum Dengan Tahap Keimanan Pemuda Islam Ini
VIDEO seorang bekas tentera Amerika Syarikat menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk agama Islam menjadi tular di media sosial.
“Saya acukan senapang tapi lelaki itu asyik tersenyum” – Video bekas tentera Amerika Syarikat kongsi pengalaman memeluk Islam
Rakaman yang asalnya dimuat naik oleh One Path itu kemudiannya dikongsikan di laman Facebook Explore Islam, sehingga ia menerima 111,275 perkongsian dan ditonton lebih lima juta kali.
Dalam video berkenaan, bekas tentera yang dikenali sebagai Randy, menceritakan detik permulaan ketika dia mula tertarik dengan Islam ketika di Afghanistan.
“Satu hari, ketika saya sedang menjaga pagar ini dengan bersenjatakan senapang untuk mengawal, tiba-tiba sebuah trak menuju ke arah saya.
“Ketika trak itu semakin menghampiri saya, saya pun menjerit ‘berhenti, berhenti, berhenti’, sebelum seorang pemandu trak itu keluar berjalan menuju ku arah pagar,” katanya menerusi video.
Randy kemudian merasa hairan melihatkan wajah lelaki itu yang asik tersenyum kepadanya sambil mengatakan di dalam hati “lelaki ni dah gila gamaknya.”
“Tapi ada sesuatu yang memberitahu saya supaya jangan menembak, ada sesuatu yang menahan saya supaya tidak menarik picu.
“Apa yang berlaku selepas itu adalah dia mendekati saya. Dari perbualan kami, saya beritahu yang dia tidak boleh masuk ke dalam pagar,” katanya.
Kemudian Randy mengajukan senjatanya ke arah lelaki itu dengan menegaskan yang lelaki itu sepatutnya berasa takut dengannya.
“Bagaimanapun, dia memandang saya sambil tersenyum sambil jarinya menunjukkan ke arah langit dengan berkata: ‘Saya hanya takutkan Allah yang satu’.”
Ekoran kejadian terbabit, ia memberi inspirasi kepada Randy untuk mengenali Islam dengan lebih dekat sebelum memeluk agama itu ketika kembali ke AS.
“Saya kembali pada Oktober 2011 dan saya mengucap Syahadah di Masjid Farouq.
“Satu perkara yang akan saya beritahu sesiapa pun yang ingin mengenali Islam adalah jangan teragak-agak.
“Jangan takut untuk melawat masjid dan jangan gementar untuk bercakap dengan orang Muslim.
“Terutama media, jangan percaya dengan apa yang media beritahu kamu. Itu peraturan nombor satu.
“Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu yang ISIS atau Taliban mewakili Islam. Kerana jika itu kesnya, jadi KKK mewakili Kristian. Dan semua orang tahu perkara itu tidak benar.
“Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu Islam tu apa sehingga kamu buat kajian sendiri,” katanya lagi.
loading...
No comments