Kisah Jatuh Bangun Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad - Info Viral

Terkini

Kisah Jatuh Bangun Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad

siapa pengasas dan pemilik ikea

Bila sebut sahaja IKEA, kami yakin tentu ramai yang menggilai dan obses dengan setiap barangan dan perabut keluarannya. Dari sekecil-kecil pinggan hingga ke sebesar-besar almari sanggup anda ‘gendong’ hingga sampai ke depan pintu rumah anda.

Kehadiran jenama Ikea hari ini memberi impak yang besar kepada komuniti dunia sehingga ada yang sanggup berhabis duit, semata-mata bagi memastikan setiap inci di dalam kediaman mereka dipenuhi dengan barangan serta perabot Ikea. Kini, Ikea telah beroperasi di hampir 40 buah negara seperti Australia, Netherlands, Perancis dan tidak ketinggalan di Malaysia. Disebalik kejayaan ini, tahukah anda bahawa pengasas Ikea bernama Ingvar Feodor Kamprad ini sebenarnya berasal dari Sweden?

sejarah penubuhan ikea

Ingvar dilahirkan pada 30 Mac 1926 di Southern Sweden. Kebolehannya berniaga dipercayai berasal dari datuknya yang ketika itu juga seorang peniaga. Namun, datuknya membunuh diri ketika syarikatnya berada di ambang muflis kerana gagal membayar hutang. Disaat rakan-rakan sebayanya menghabiskan masa bermain bola sepak di padang sekolah, tak kurang ada yang melibatkan diri dengan ‘cinta monyet’, Ingvar telah mula memikirkan cara untuk mengambangkan perniagaan sejak dibangku sekolah lagi.

Beliau telah membuka Ikea sejak berusia 17 tahun lagi dengan wang yang dikumpul dari pemberian bapanya untuk bayaran pengajiaannya. Nama Ikea berasal dari singkatan namanya Ingvar Kamprad (I.K), ditambah dengan nama ladang tempat dia membesar iaitu Elmtaryd dan Aggunnaryd.

kisah pemilik ikea


Pada awal operasi, barangan yang dijual di Ikea berbeza daripada apa yang anda lihat sekarang. Pada permulaannya, produk paling banyak permintaan ialah pen. Pada awal tahun 1940an, Ingvar mula mengimport pen dari Paris dengan pinjaman sekitar 63 USD. Ini merupakan pinjaman pertama yang diambil dalam hidupnya.

Untuk menarik pelanggan di hari pelancaran kedainya, usahawan muda ini menjanjikan secawan kopi dan bun yang diberikan secara percuma. Bayangkan, acara sederhana ini menarik hampir seribu orang! Dari situ juga tercetusnya idea untuk meletakkan restoran makanan segera ke setiap cawangan Ikea.

sumber

loading...

No comments