Penemuan Syiling Bertulisan Arab Membuktikan Umat Islam Sampai Terlebih Dahulu Di Australia Berbanding Barat - Info Viral

Terkini

Penemuan Syiling Bertulisan Arab Membuktikan Umat Islam Sampai Terlebih Dahulu Di Australia Berbanding Barat

Penemuan Syiling Bertulisan Arab Membuktikan Umat Islam Sampai Terlebih Dahulu Di Australia Berbanding Barat

Penemuan syiling bertulisan Arab di Australia yang bertarikh 900 Masihi membuktikan bahawa Australia telah dijejaki oleh Umat Islam jauh lebih lama sebelum kedatangan bangsa Eropah di benua tersebut. Lima keping syiling tersebut telah ditemui oleh seorang tentera yang dikenali sebagai Maurie Isenberg pada tahun 1944 di Pulau Wessel, Australia. Penemuan tersebut benar-benar mengejutkan kerana umum mengetahui bahawa Australia mula ditemui dan dijelajah sekitar tahun 1600-an. Antara individu pertama yang berjaya sampai ke Australia adalah Willem Janszoon pada 1606.

Penemuan Syiling Bertulisan Arab Membuktikan Umat Islam Sampai Terlebih Dahulu Di Australia Berbanding Barat

Pada 1770, James Cook menjelajah seluruh pantai timur Australia. Tidak beberapa lama kemudian, British mula membina kaloni pertamanya di Botany Bay iaitu sekitar tahun 1788. Abad seterusnya, British terus membina kaloninya di wilayah-wilayah yang lain di Australia.

Penemuan syiling tersebut dikaji oleh seorang ahli sejarah, Ian McIntos dan mendakwa syiling tersebut berasal daripada sebuah Kesultanan Islam di Kilwa, Afrika. Kilwa kini salah sebuah wilayah di Tanzania. Kilwa dikatakan mempunyai hubungan perdagangan dengan India sekitar abad ke-13 sehingga abad ke-16. Kilwa sendiri adalah sebuah bandar perlabuhan.

Sumber: Dailymail
loading...

No comments