Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai
Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir dan masih lagi bertali pusat dibuang di hadapan sebuah rumah kedai di Pasir Pekan, Tumpat pagi tadi. Bayi tersebut dijumpai pukul 7.30 pagi tadi yang diletakkan dalam sebuah beg pakaian yang tidak bertutup.
Adik lelaki kepada usahawan kosmetik terkenal Dnars, Faziani Rohban Ahmad menjumpai bayi perempuan tersebut yang seberat 2.77kg ketika dia mahu membuang sampah berdekatan dengan lokasi dimana bayi tersebut dijumpai.
Faziani berkata, ketika ditemui bayi berkenaan dibalut dengan pakaian orang dewasa dengan lengkap memakai sarung tangan serta kaki. Bayi tersebut sedang menangis dan adik lelakinya Mohd Faizan membawa pulang bayi tersebut ke rumah mereka yang terletak berhampiran.
"Adik menunjukkan bayi itu kepada saya dan keluarga. Kami terkejut dan hanya mampu menangis kerana tidak menyangka ada orang sanggup membuang bayi di bulan Ramadan ini.
"Kami terus membawa bayi itu ke Klinik 1Malaysia yang terletak 20 meter dari rumah sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut,"
Usahawan tersebut kemudian membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Tumpah, Superintendan Zaharuddin Rasip telah mengesahkan penemuan bayi perempuan tersebut.
sumber
loading...
No comments