Gadis 17 Tahun Di Amerika Dipukul Sehingga Mati Ketika Dalam Perjalanan Ke Masjid Untuk Program Ramadhan - Info Viral

Terkini

Gadis 17 Tahun Di Amerika Dipukul Sehingga Mati Ketika Dalam Perjalanan Ke Masjid Untuk Program Ramadhan

gadis 17 tahun dari virgina dipukul ketika ke masjid
Nabra (mangsa yang dipukul sehingga mati)

Polis Virginia percaya mereka telah menemui mayat seorang remaja yang hilang ketika dalam perjalanan ke masjid dengan rakan-rakannya. Polis Fairfax County memulakan pencarian seorang gadis berusia 17 tahun itu, yang telah dikenal pasti oleh rakan-rakan sebagai Nabra, sekitar jam 4 pagi Ahad.

Gadis berumur 17 tahun daripada Pusat ADAMS dipukul hingga mati dengan kayu besbol dan dibuang di dalam kolam di Virginia. Pemandu kereta yang berhenti menyerang Nabra dan rakan-rakannya sudah di tahan.

Polis mendakwa Darwin Martinez Torres dengan tuduhan membunuh selepas mereka mendapati mayat gadis itu di dalam kolam Ahad petang.

Torres telah ditangkap selepas dia dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan dimana polis sedang mencari remaja berkenaan. Polis berkata, mereka menahan Torres selepas melakukan carian. Pegawai juga berkata mereka menjumpai sebatang kayu besbol di kawasan berdekatan Nabra dibunuh.

Gadis 17 Tahun Di Amerika Dipukul Sehingga Mati Ketika Dalam Perjalanan Ke Masjid

Nabra dan rakan-rakannya yang dalam perjalanan pulang dari bersarapan pagi di restoran makanan segera IHOP apabila mereka diganggu seorang lelaki yang memandu kereta, menurut Washington Post.
Jurucakap polis Tawny Wright berkata lelaki itu mula menyerang Nabra dan kemudiannya Nabra terpisah dari rakan-rakannya. Remaja lain yang selamat kembali ke masjid memberitahu pihak berkuasa apa yang berlaku. Sejurus kemudian, Pihak berkuasa kemudian menemui mayat di dalam kolam berhampiran Ridgetop Circle di Sterling, Virginia.
Gadis tersebut dan rakan-rakannya difahamkan telah mengambil bahagian dalam aktiviti bermalam di sebuah institusi agama yang tidak dikenal pasti pihak berkuasa.

Persatuan Muslim Seluruh Dulles mengesahkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa remaja tersebut telah menyertai aktiviti dengan pihak masjid.

“Kami amat sedih dan kecewa kerana komuniti kami mengalami peristiwa traumatik ini”, kata orang awam dalam siaran berita.

suspek utama

Aktivis keadilan kaum dan hak-hak sivil, Linda Sarsour, meluahkan rasa marah beliau berhubung kejadian itu di Facebook.

‘Nabra, anda dan keluarga anda akan mendapatkan keadilan.’

Polis berkata, mereka melihat sama ada pembunuhan tersebut merupakan satu jenayah kebencian terhadap islam, namun begitu mereka mendapati tiada sebarang bukti kukuh. Siasatan kini masih dijalankan.

Sumber: DailyMail

loading...

No comments