Gara-gara Anak Dikutuk Hitam, Dato Vida Kongsi Gambar Anaknya Ketika Kecil Dan Masih Putih
Di bulan Ramadhan ini, masih ada yang tidak menjaga percakapan dan penulisan. Ada follower Dato Seri Vida yang menulis komen agak panas.
Seorang follower menjadi tumpuan apabila telah memanggil anak kepada jutawan kosmetik Dati Vida sebagai buruk dan hitam.
Ini tulisan panas dari follower tersebut:
"Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.
"Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?"
Komen itu ditulis selepas Dato Seri Vida memuat naik gambar anak perempuan bernama Cik B dan anak lelakinya dipanggil Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.
Memang satu komen yang agak panas dan menusuk hati.
Dato Seri Vida ternyata terkesan dengan komen tersebut yang menghina anaknya sebagai hitam walhal dia mempunyai produk kecantikkan Qu Puteh.
Ini komen Dato Vida:
"Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.
"Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer,"
"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B... My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.
"Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Man budak 12 tahun buat begitu?,"
Untuk membalas komen itu, Dato Vida telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang ternyata putih.
Ini gambar Cik B masa kecil yang putih:
loading...
No comments