Manfaat Vitamin B Complex Dan Kenapa Anda Harus Mengambilnya Setiap Hari
Vitamin B Complex sememangnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan untuk semua golongan tidak kiralah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Namun, ramai yang memandang remeh akan kepetingannya kerana kurangnya kesedaran tentang betapa pentingnya vitamin B Complex untuk kesihatan tubuh badan.
Apa itu Vitamin B Complex?
B Complex ialah makanan tambahan yang mengandungi semua lapan vitamin B yang terdiri daripada: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Pantothenic asid), B6, B7 (Biotin), B9 (folat), B12.
Juga didapati secara semula jadi dalam makanan tapi adakah makanan yang kita ambil itu mencukupi?
Cara memasak yang menggunakan suhu berlebihan, penggunaan baja kimia dan racun serangga, menyebabkan kebanyakan vitamin hilang sebelum sempat sampai ke mulut pun.
Vitamin B Complex membantu badan untuk menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah. Malah, mengambil vitamin B Complex boleh membantu merawat atau mencegah masalah kesihatan tertentu.
Kepentingan Dan Kebaikan B Complex (B1, B6 dan B12) Yang Ramai Tak Tahu
Vitamin B1
Sumber: Beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya:
- Melancarkan metabolisme
- Melancarkan peredaran darah
- Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
- Mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
- Memulihkan gangguan saraf
Vitamin B6
Sumber: Daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya:
- Memlancarkan metabolisme
- Meningkatkan kekebalan tubuh
- Menjaga keseimbangan garam-garam mineral
- Membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber: Hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya:
- Mencegah kerosakan urat saraf
- Membantu pembentukan sel darah merah
- Melancarkan metabolisme sistem tubuh
- Mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Fungsi Setiap Vitamin B Complex Kepada Tubuh
Setiap vitamin B adalah penting untuk fungsi badan tertentu.
- B1 (thiamine) dan B2 (riboflavin) adalah penting untuk fungsi otot, saraf dan jantung yang sihat.
- B3 (niasin) membantu mengawal sistem saraf dan penghadaman.
- B5 (Pantothenic asid) dan B12 yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
- B6 menyokong sistem imun.
- B7 (Biotin) terlibat dalam pengeluaran hormon.
- B9 membantu sel-sel membuat dan mengekalkan DNA.
Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin B Complex tertentu boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.
Manfaatnya:
- B1 (thiamine) boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes tahap 2 dan mengurangkan risiko katarak.
- B2 (riboflavin) boleh mencegah migrain.
- B3 (niasin) boleh menurunkan paras kolesterol.
- B6 boleh melindungi daripada risiko penyakit jantung, melegakan gejala-gejala PMS dan mengurangkan loya ketika hamil.
- B9 (folat atau asid folik) boleh membantu mencegah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser pankreas, dan juga risiko penurunan kecacatan kelahiran apabila diambil oleh wanita hamil.
- B12 boleh mengurangkan risiko kanser pangkal rahim dan mengurangkan paras homocysteine (asid amino dianggap sebagai penyumbang kepada penyakit jantung apabila ia berada pada paras yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa suplemen B Complex boleh mengurangkan keradangan pada pesakit hemodialisis dan menggalakkan penyembuhan luka periodontal.
Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan B Complex tidak mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B Complex?
Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
- Lemah sistem saraf
- Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
- Pembentukan sel abnormal
- Mengakibatkan anemia
- Masalah depresi (tekanan perasaan)
- Kehilangan daya memori
- Cepat letih
- Sesak nafas
- Insomnia
- Kurang fokus dan konsentrasi
- Mudah tersinggung
Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk kanak-kanak?
- Merangsang pertumbuhan.
- Meningkatkan kemampuan berfikir.
- Memberikan tambahan tenaga.
Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa?
- Menambah tenaga.
- Mengurangkan stress.
- Melambatkan proses uban di rambut.
- Membantu meningkatkan konsentrasi.
Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung?
- Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
- Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
- Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.
Jadi, bagi anda yang sudah tahu kepentingan vitamin B Complex, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkan vitamin B Complex dalam diet harian anda, ikuti dos yang disarankan dan ya
loading...
No comments