(VIdeo) Berebut Kasut Adidas Punya Pasal Sanggup Tumbuk Orang - Info Viral

Terkini

(VIdeo) Berebut Kasut Adidas Punya Pasal Sanggup Tumbuk Orang

Berebut Kasut Adidas Punya Pasal Sanggup Tumbuk Orang

Hanya kerana menegur seorang lelaki yang memotong giliran, remaja 22 tahun ditumbuk oleh lelaki berkenaan dan turut dibelasah rakan-rakan lelaki tersebut di hadapan butik Adidas Original di pusat beli-belah Suria KLCC.

Insiden pergaduhan di antara dua lelaki yang pada mulanya hanya bertikam lidah berakhir dengan sentuhan fizikal apabila kemarahan salah seorang daripada mereka sudah tidak terbendung lagi.

Mangsa, Faiz Hariz Nurhuda, berkata, kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, berpunca dari lelaki terbabit yang bertindak memotong barisan mereka.

“Saya sudah berada di pusat beli-belah itu semenjak jam 2 pagi lagi sebelum berlari ke tingkat tiga bangunan berkenaan pada jam 6 pagi sebaik saja pintu pusat beli-belah dibuka.

“Bagaimanapun, ketika saya beratur di hadapan butik itu, datang sekumpulan lelaki yang meminta kami beratur mengikut senarai nama yang disediakan,”

“Dia marah dan menjerit sebelum memotong barisan saya. Saya beritahu dia, ‘first come first serve’ sebelum kami bertengkar seperti yang dirakam dalam video viral itu.

“Lelaki itu tidak puas hati lalu menumbuk muka saya menyebabkan hidung saya patah dan mata saya lebam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut portal Mynewshub, Adidas telah melancarkan model ‘sneakers’ edisi terhad iaitu Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams pada 11 November lepas.

Hanya cawangan yang terpilih sahaja difahamkan menerima beberapa pasang model khas tersebut, termasuklah butik Adidas Original di pusat beli-belah Suria KLCC di ibu negara.



Sumber : Mynewshub

loading...

No comments