Anjing Gigit Jiran Sampai Mati, Siwon Super Junior Mohon Maaf - Info Viral

Terkini

Anjing Gigit Jiran Sampai Mati, Siwon Super Junior Mohon Maaf

Anjing Gigit Jiran Sampai Mati, Siwon Super Junior Mohon Maaf

Choi Siwon sedang menjadi perbualan hangat di media sekarang ini gara-gara anjing peliharaan keluarganya menyebabkan kematian seorang jiran.

Anggota kumpulan Super Junior itu tidak menyangka gigitan anjing tersebut menyebabkan jiran yang juga merupakan pemilik sebuah restoran terkenal di Korea maut.

Menurut laporan Koreaboo, mangsa meninggal dunia enam hari selepas berasa sakit akibat gigitan anjing jenis french bull dog itu.

anjing siwon gigit jiran, kesan gigitan anjing siwon, siwon super junior,
Siwon bersama anjing kesayangannya bugsy, dan kesan gigitan bugsy pada kaki mangsa

Menerusi Instagram, Siwon telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Ini adalah Choi Siwon, saya ingin memohon maaf kepada keluarga yang berduka dan masih terkejut dengan perkara yang berlaku.

“Saya rasa sangat bersalah sebaik sahaja mendapat tahu mengenai insiden yang berlaku melibatkan anjing keluarga kami sehingga menyebabkan kematian.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan sebagai salah seorang seorang pemilik anjing itu, saya rasa sangat bertanggungjawab.

“Saya tahu sepatutnya harus menjaga anjing berkenaan dengan baik, ini adalah kecuaian.

“Saya benar-benar mohon maaf dan saya akan pastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi,” tulisnya.

Malang tidak berbau, semoga Siwon dan keluarga mangsa bertabah.


sumber

loading...

No comments