Ini Bahaya Jika Anda Makan Makanan Bergoreng Sambil Minum Kopi - Info Viral

Terkini

Ini Bahaya Jika Anda Makan Makanan Bergoreng Sambil Minum Kopi

makan pisang goreng dan kopi, makanan berminyak dan kopi,

Makanan yang bergoreng mempunyai kandungan lemak yang sangat banyak kerana ianya menggunakan minyak yang mendidih. Apabila kita terlalu banyak makan makanan bergoreng, ini bererti banyak kandungan lemak di dalam tubuh badan. Oleh sebab itu, makanan bergoreng boleh mendatangkan kesan buruk bagi kesihatan jika dikombinasikan dengan minuman tertentu seperti kopi.

Ramai orang gemar memilih sarapan bergoreng jika tidak sempat untuk menjamah nasi ataupun roti. Lebih bahaya lagi jika seseorang itu bersarapan dengan makanan goreng dan juga dengan segelas kopi. Kombinasi kedua-dua makanan dan minuman ini boleh menimbulkan masalah kesihatan yang serius.

Daripada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Of Guelph, minum kopi setelah mengambil makanan berminyak seperti makanan goreng boleh menyebabkan darah tinggi hingga akhirnya sangat mudah untuk mendapat risiko penyakit diabetes.

Makanan yang bergoreng juga mengandungi lemak tepu yang menyukarkan badan kita untuk membersihkan gula di dalam darah. Minum kopi juga akan menyukarkan proses pembersihan gula dalam darah.
Para penyelidik telah melakukan penyelidikan dengan meminta responden untuk mengambil makanan berlemak. Kemudiannya, mereka diminta pula untuk minum kopi dan hasilnya menunjukkan bahawa tubuh badan mempunyai kesulitan untuk menghasilkan insulin bagi menghilangkan gula dari darah yang terdapat dalam tubuh badan.
Kandungan gula dalam darah responden yang mengambil makanan berlemak adalah 32% lebih tinggi berbanding responden yang tidak mengambil makanan berlemak.

Responden kemudiannya pula disuruh untuk minum dua cawan kopi setelah 5 jam mengambil makanan berlemak dan hasilnya kadar gula dalam darah mereka meningkat sehingga 65%.

Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh mendatangkan penyakit-penyakit serius seperti diabetes, kerosakan arteri, dan juga masalah jantung. Jadi untuk menghindari masalah ini ialah hindari makanan berlemak dan juga minuman berkafein seperti kopi.

Sumber dari wowmenariknya

loading...

No comments