Lelaki Ini Hanya Makan Kentang Dan Keledek Selama Setahun Dan Inilah Hasilnya - Info Viral

Terkini

Lelaki Ini Hanya Makan Kentang Dan Keledek Selama Setahun Dan Inilah Hasilnya

Lelaki Ini Hanya Makan Kentang Dan Keledek Selama Setahun Dan Inilah Hasilnya

Bagi anda yang mendambakan bentuk badan menarik, mahu menurunkan berat pasti mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya.

Yang penting, jangan membuat sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan pula.

Seperti yang berlaku pada seorang lelaki ini, dia hanya berdiet dengan makan kentang selama setahun. Dan hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kg!

Lelaki berasal dari Australia itu, Andrew Flinders Taylor melalui proses diet dengan hanya makan kentang selama setahun, memetik Metro News.

Katanya, dia mula menjalani diet kentang dengan mengambil 3 kg kentang sehari! Ini termasuklah pengambilan kentang biasa, dan juga keledek dalam diet seharian.

Menerusi kedua jenis kentang ini, Andrew mampu mendapatkan pelbagai khasiat dan juga vitamin. Di samping itu, dia tidak menggunakan sebarang minyak ketika memasak. 

Sebanyak 99 peratus kalori didapati daripada kentang itu sendiri manakala selebihnya hanyalah dari sendikit sos dan juga bahan perasa.

Bagaimanapun pakar diet tidak mengesyorkan diet ini kerana ia dipercayai tidak membekalkan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.

diet makan kentang, diet makan kentang dan keledek,

Menurut Chloe Miles, pakar diet dari British Dietetic Association, Andrew berisiko mengalami keletihan kerana tidak mendapat sumber zat besi mencukupi.

Manakala kekurangan kalsium menyebabkan kesihatan tulangnya terganggu. 

"Ia juga memberi kesan kepada kehidupan sosialnya kerana mengamalkan diet sedemikian. Diet yang terhad seperti ini akan menyebabkan masalah pemakanan. Saya tidak menggalakkan orang ramai mengikuti diet ini," katanya.

andrew, potato for a year, tak makan nasi,

Namun, hebatnya selepas setahun Andrew berjaya melalui proses diet kentang ini. Apa yang dilakukan adalah mendapatkan sumber serat dari kulit kentang, menggunakan sumber kalsium dari susu soya untuk membuat kentang putar dan mengambil keledek untuk mendapatkan vitamin A dan E.

Hasilnya, kesihatannya semakin baik, kolestrol menurun, gula dalam darah turut menurun dan kehilangan 50 kg!


Sumber : CARI

loading...

No comments