Anak Susah Nak Dengar Kata? 6 Trick Ini Kata Sebaliknya - Info Viral

Terkini

Anak Susah Nak Dengar Kata? 6 Trick Ini Kata Sebaliknya

trik untuk anak susah nak dengar kata,

Sebagai ibu bapa, sebahagian besar tenaga anda pergi ke arah cubaan mengawal anak kecil. Itu agak memalukan untuk diakui, bukan? Tetapi ia tidak begitu memalukan kerana hakikatnya, anda sentiasa kalah. Ada rahsianya! Beberapa taktik psikologi, kalau dilakukan dengan baik, boleh trick mereka untuk mengikuti arahan anda. Berikut adalah 6 kemahiran baru yang anda tercari-cari selama ini.

Psiko Mereka
Lain kali jika anak anda berfikir bahawa mereka terlepas melakukan sesuatu yang tidak baik, jangan panggil mereka. Bukan tidak langsung, tapi bukan terus panggil. Sebaliknya, berpura-pura anda tidak melihat apa-apa dan berpaling. Kemudian, dengan membelakangi, beritahu bahawa anda tahu apa yang mereka lakukan dan terangkan secara terperinci. Mereka akan terkejut dan tidak mempersoalkan bahawa anda mempunyai kuasa psikik. Serius, ia berkesan – atau, sekurang-kurangnya, ia akan berkesan sehingga mereka berusia sekitar 7 tahun.

Mengapa ia berkesan? Fikiran kanak-kanak prasekolah belum cukup berkembang untuk memahami sepenuhnya bahawa setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. Mereka mengandaikan bahawa anda melihat dan merasakan perkara yang sama seperti mereka. Jadi, apabila anda mengatakan sesuatu seperti, “Mak tahu along tengah conteng dinding walaupun Mak tak tengok”, anak anda akan benar-benar percaya kepada anda. Sebab dia percaya, yang Mak dia memang ada ‘mata’ di belakang kepala!

Katakan “Ya, tapi…”
Surprise! Kanak-kanak memberontak terhadap perkataan “tak” atau “jangan”. Dengan mengatakannya, anda mengekang kebebasan mereka untuk menuang mee goreng ke atas kepala mereka, dan mereka tak akan berdiam diri. Tidak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Apa yang anda boleh lakukan adalah menjadikan perjuangan itu jauh lebih mudah dengan memberitahu mereka “tak” tanpa menggunakan perkataan “tak“.

Apabila anak anda mengatakan sesuatu seperti, “Boleh tak angah menonton TV?”, jangan kata “Tak, angah kena buat kerja rumah angah”. Sebaliknya, katakan “Ya, tetapi buat kerja rumah terlebih dahulu”. Ahli psikologi berkata dengan membuang perkataan “tidak” , akan menghalang anak-anak daripada melawan. Kalau tidak selalu, kadang-kadang. Mereka mungkin hanya baling mee itu kepada anda. Kanak-kanak ini pelik betul.

Ringan-ringankan
Ahli psikologi kanak-kanak melakukan eksperimen di mana mereka meletakkan mainan baru di dalam bilik dan memberitahu kanak-kanak bahawa jika mereka bermain dengannya semasa mereka bersendirian, mereka akan berada dalam kesusahan. Beberapa kanak-kanak diberi ancaman ringan; yang lain diberikan ancaman yang keras. Apabila para penyelidik pergi, kanak-kanak yang diancam dengan keras segera meraih mainan itu. Saat mereka terfikir mereka boleh terlepas apabila para penyelidik sudah tak ada di situ, mereka terus menerkam mainan tersebut. Sebaliknya, kanak-kanak yang diancam dengan ringan tidak begitu peduli terhadap mainan yang dilarang. Amaran itu cukup untuk menghalang mereka daripada menyentuhnya, tanpa ancaman itu menduduki benak pemikiran mereka.

Jadi, jika anda tidak mahu anak anda menyentuh, menjilat, menggosok, atau menjerit tak tentu hala, beri mereka ancaman yang ringan. Beri amaran kepada mereka, jika mereka berkelakuan buruk atau buat sesuatu yang anda terang-terangan larang, mereka hanya akan mendapat 5 biji buah anggur dan bukannya 6. Apa-apalah, yang anda rasakan biasa sahaja. Kemungkinan besar, mereka akan mendengar cakap anda. Mengawal mereka melalui ketakutan dan ancaman keras hanya akan melahirkan sifat rebellious. Sebaliknya jika anda lebihkan tenaga minda mereka untuk tidak memikirkan ancaman yang keras itu, idea untuk ‘berlaku keras’ terhadap anda sukar untuk bercambah. Don’t plant the seed.

Anak Susah Nak Dengar Kata? 6 Trick Ini Kata Sebaliknya

Banyakkan Bercerita
Apabila anda meminta kanak-kanak untuk memberus gigi, mereka mungkin akan menentang. Mereka tahu anda sedang berusaha untuk membuat mereka melakukan sesuatu, dan mereka sangat berdedikasi untuk pertahankan kebebasan mereka sendiri. Walaupun ia adalah untuk kebaikan mereka sendiri, mereka tetap akan memerangi kamu.

Tetapi jika anda boleh membawa mereka ke dalam dunia fantasi, mereka tidak akan melihat apa yang anda lakukan. Daripada berkata, “gosok gigi sekarang!” Beritahu mereka bahawa ada pengembaraan ajaib dan mereka perlu memberus gigi untuk membebaskan puteri jelitawan. Ia tidak semestinya perlu menjadi cerita – anda boleh menyanyikan lagu atau membuat permainan. Selagi kamu menarik mereka keluar dari realiti dan ke dalam dunia fantasi, ia akan menghalang mereka daripada melawan kamu.

Gunakan Teknik “Tapi Awak Bebas”
Ini juga berkesan ke atas orang dewasa – dan, antara semua skill di sini, inilah yang paling terbukti berjaya. Sekurang-kurangnya 42 kajian telah dijalankan, dan semuanya menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan peluang untuk anak anda berkata “ya” terhadap permintaan atau arahan anda.

Apabila anda mahu anak anda melakukan sesuatu, beri peluang kepada mereka untuk mengatakan “tidak”. Beritahu mereka apa yang anda mahukan, dan pada masa yang sama biarkan mereka tahu bahawa mereka bebas melakukan perkara yang lain. Sebagai contoh, katakan, “Mak nak along kemaskan bilik along, tapi along bebas untuk terus bermain.”

Ia berlawanan dengan intuitif, maksudnya secara harfiah ia bukanlah yang kita hendak secara langsung. Namun, inilah namanya permainan psikologi. Reverse psychology. Kanak-kanak akan mematuhi anda dua kali ganda lebih kerap jika anda memberi mereka pilihan untuk tidak mematuhi. Pelik bukan? Penjelasannya mudah sahaja. Ini kerana apabila kebebasan mereka tidak terancam, maka mereka tidak mempunyai naluri semulajadi untuk menolak, melawan, atau memberontak. Sekali lagi, kanak-kanak sukakan kebebasan mereka maka jangan kacau yang itu. Tetapi ‘beri’ juga kebebasan kepada mereka untuk melaksanakan arahan anda. Tanpa mereka sedari, mereka perlahan-lahan patuh kepada perintah anda, merasakan mereka melakukannya atas kehendak mereka sendiri.

Berpura-pura Bodoh
Betul itu, bersikap kebudak-budakan (play dumb) sangat berkesan. Menurut Dr. Harvey Karp, penulis The Happiest Toddler On The Block bersikap kebudak-budakan adalah “salah satu alat yang paling berkesan… untuk meningkatkan kerjasama anak kecil”. Mengapa? Nah, ia membuat anak anda berhenti melihat anda sebagai ancaman atau seseorang yang cuba mengawalnya, dan membantu menghindarkan mereka dari bertukar menjadi raksasa.

Pada masa yang akan datang, jika anak anda, katakanlah, enggan memakai jaket – pakaikan anda punya secara terbalik dan tanya dia, “Eh? Betul ke ni?” Melihat anda melakukan sesuatu yang salah akan membuat anak anda ingin menunjukkan kepada anda cara melakukannya dengan betul, “Bukan macam tu lah ayah..” (dan mungkin ketawa sehingga hingus dia terkeluar).

Jangan risau tentang kehilangan rasa hormat anak terhadap anda. Apabila anda berpura-pura dan bersikap kebudak-budakan, anak anda bukannya percaya yang anda benar-benar bodoh – mereka hanya menghargai usaha anda. Sesuatu arahan atau kerja yang pada awal kelihatan bosan dan merimaskan, boleh menjadi sesuatu yang seronok! Dengan syarat, anda ciptakan fun tersebut.
~
Bagaimana? Mantapkan ENAM tips mudah untuk buat anak-anak anda mendengar kata? Kongsikan dengan teman-teman dan pasangan anda. Lihat perubahan emosi dan psikologi secara positif. Selamat beramal!

Sumber : ohsemmama

loading...

No comments