Inilah Pohon Epal Yang Buat Isaac Newton Temui Teori Graviti - Info Viral

Terkini

Inilah Pohon Epal Yang Buat Isaac Newton Temui Teori Graviti

Inilah Pohon Epal Yang Buat Isaac Newton Temui Teori Graviti

Pasti ramai yang mengetahui kisah Sir Isaac Newton dengan buah epal yang membuatkannya menemui teori graviti, bukan?

Sudah tentu ia menjadi anekdot paling popular dalam sejarah sains. Namun, pernahkah anda terfikir di manakah pohon epal tersebut yang menjadi saksi kepada peristiwa penting ini?

Memetik Amusing Planet, dipercayai pohon epal tersebut yang masih tegak berdiri di Lincolnshire, England.


Sebelum ini catatan John Conduitt menyebut tentang peristiwa jatuhnya buah epal yang menginspirasikan Newton itu terjadi pada tahun 1666.

Conduitt merupakan suami kepada anak saudara Newton, yang juga menjadi pembantunya di Royal Mint.

Peristiwa itu terjadi di rumah yang didiami Newton ketika kecil iaitu di Woolsthorpe Manor. Newton dikatakan kembali ke kediaman ini selepas University Cambridge ditutup akibat serangan sejenis wabak.

newton graviti, isaac newton pokok,

Di sinilah dia menjalankan pelbagai jenis eksperimen yang seterusnya menjadi penemuan besar dan luar biasa.

Meskipun Newton tidak pernah menyebut di mana dia menyaksikan epal itu jatuh, namun kemungkinan ia adalah dari pohon epal di halaman rumahnya.

Pohon itu telah dijaga dan dirawat oleh keluarga Woolerton sejak tahun 1950-an. Malah pohon ini pernah tumbang pada 1816 akibat ribut namun tunjangnya masih kukuh di tanah dan dapat bercambah kembali.

teori graviti isaac newton,

Kini pohon tersebut di bawah perlindungan National Trust.


sumber

loading...

No comments