Jangan Minum Air Botol Plastik Yang Terdedah Panas Dalam Kereta - Info Viral

Terkini

Jangan Minum Air Botol Plastik Yang Terdedah Panas Dalam Kereta

air mineral botol dalam kereta, minum air botol plastik kereta panas,

Air terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barah. Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.

"Tetapi ia tidak khusus kepada barah payudara, tetapi kepada semua jenis barah sama ada barah payudara, usus dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian berhubung mesej viral yang tersebar luas berhubung bekas botol air plastik terdedah dalam panas boleh menyebabkan barah payudara, semalam.
Berdasarkan mesej viral itu, artis antarabangsa Sheryl Crow menghidap barah dengan meminum air daripada botol yang terdedah panas dan ia juga dikatakan menjadi penyebab paling utama kepada kanser payudara terutamanya di Australia.
"Wanita tidak boleh minum minuman yang sudah lama di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia yang boleh menyebabkan barah," menurut mesej itu.

Menurutnya, oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan sama sekali untuk meminum air yang sudah lama ditinggalkan di dalam panas dan disarankan untuk membuang sahaja air berkenaan.

Katanya, ia tidak hanya kepada botol air yang terdedah kepada panas di dalam kereta, tetapi di mana sahaja selagi ia telah terdedah kepada sinaran matahari dan panas.

Bagaimanapun, Jamaludin menafikan penggunaan bekas keluli tahan karat ataupun kaca sebagai alternatif kepada bekas plastik.

Katanya, apa sahaja air yang terdedah kepada panas dalam pelbagai bentuk adalah tidak mampu mengelakkan air itu bebas daripada menghasilkan bahan-bahan toksik berkenaan.

Sumber: Sinar

loading...

No comments