[Video] Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, Pakar Kung Fu Pecah Rekod Peribadi - Info Viral

Terkini

[Video] Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, Pakar Kung Fu Pecah Rekod Peribadi

kungfu master tarik kereta guna kemaluan, Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, kungfu zakar tarik kereta,

Sebelum ini pernah dilaporkan ada individu di China yang mampu menggerakan kapalterbang hanya dengan menggunakan tali yang digigit dengan mulut.

Yang terbaru, memetik laporan Mail Online, seorang pakar kung fu dikenali Ye Wei yang juga berasal dari China berjaya menggerakkan tujuh deretan kereta jenis Audi sejauh lapan meter (26 kaki) menggunakan tali yang diikat pada kemaluannya di Wilayah Shandong, pada 30 Mac lalu.

Ini sekaligus membuktikan bahawa kerja kerasnya selama ini mendalami ilmu mempertahankan diri ‘berbaloi’.

Kejayaan Wei menarik tujuh buah kereta itu turut menyaksikan rekod peribadi yang dilakukan olehnya pada April tahun lalu dengan menarik lima buah kereta berjaya dipecahkan.

kungfu master tarik kereta guna kemaluan, Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, kungfu zakar tarik kereta,

Cubaan Wei menarik tujuh kenderaan menggunakan buah zakarnya turut direkod, sebelum dikongsi oleh Pear Video pada 31 Mac lalu.

Berdasarkan video, Wei mengikat tali yang menghubungkan tujuh buah kereta jenis Audi pada buah zakarnya, memberi tumpuan sepenuhnya dengan menyalurkan kekuatan melalui kemaluan sebelum secara perlahan-lahan menggerakkan kenderaan berkenaan, yang dianggarkan berat melebihi 12.6 tan.

Wei mendakwa aksi yang digunakan olehnya itu dipanggil 'Xi Sui Gong Xi' atau teknik Sui, yang mana ia merupakan teknik sama yang diamalkan oleh pengikut Taois untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Wei memberitahu wartawan Pear Video bahawa dia telah mengamalkan kung fu sejak 30 tahun lalu dan kini menjadi pengetua bagi tiga buah sekolah seni mempertahankan diri.


sumber

loading...

No comments