Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan - Info Viral

Terkini

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan

Ketawa adalah satu terapi diri untuk kita menghilangkan tekanan. Tapi tahukah anda ketawa berlebihan juga ada keburukan dan membahayakan?

Satu pasangan dari China sedang dalam perjalanan dari Nanning ke Bandar Qingdao di Shandong menaiki keretapi dan perjalanan tersebut memakan masa selama 28 jam. Ketika dalam perjalanan, mereka membuat keputusan untuk bermain kad permainan untuk kurangkan rasa bosan di dalam keretapi.

Pasangan itu sangat gembira menikmati saat indah bersama sambil bermain kad permainan tersebut. Kegembiraan mereka diikuti dengan gelak tawa isteri, Mrs Chiao yang ketawa terbahak-bahak menunjukkan dia sangat seronok.

Namun, Mrs Chiao ketawa terlalu banyak sehingga pada satu tahap, rahangnya terkehel.

Menurut Mrs Chiao, ketika sedang ketawa dia terdengar satu bunyi meletup ‘pop’ dan terus menyedari mulutnya tidak boleh ditutup.

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan

Menurut suami, isterinya itu ketawa dan menjerit keseronokan kerana mendapat susunan kad yang memudahkannya untuk menang permainan itu. Patut la seronok sangat…

Menyedari keadaan isterinya itu, dia segera memberitahu staf keretapi itu tentang rahang isterinya yang terkehel dan pemandu keretapi itu terus menambahkan kelajuan untuk sampai ke stesen seterusnya secepat mungkin.

Sebaik sahaja sampai, pasukan paramedik sudah pun berada di stesen tersebut, sedia membawa wanita itu ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan segera.

Mrs Chiao menjalani rawatan selama dua jam dan rahangnya kembali seperti sedia kala selepas menahan kesakitan yang lama.

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan


P/s : haha.. adoii

loading...

No comments