Prada Jual ‘Paper Clip’ Dengan Harga RM795! - Info Viral

Terkini

Prada Jual ‘Paper Clip’ Dengan Harga RM795!

paperclip prada, prada jual benda mengarut, prada mahal,

Sebelum ini, jenama fesyen Balenciaga dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru seperti beg ikonik Ikea pada harga RM9,450, kali ini Prada pula dikecam oleh netizen.

Ini kerana jenama mewah tersebut dikhabarkan mengeluarkan paper clip yang berharga mencecah hampir RM795 (US$185). Memang tak masuk akal!

Paper clip yang dicetak dengan jenama Prada itu sebenarnya ialah money clip yang boleh diletakkan dalam dompet.

paperclip prada, prada jual benda mengarut, prada mahal,

Money clip ini dibuat menggunakan sterling silver yang berukuran 6.25 inci panjang dan lebar 2.25 sentimeter.

Rata-rata netizen memberikan komen sinis menyelar keluaran produk tersebut yang dianggap mengarut.

“Ready for another round of ‘ridiculous things I’ve ever seen’? I present to you, a 185$ paper clip. I can’t. (Sudah bersedia dengan benda mengarut yang pernah anda lihat? Saya persembahkan kepada anda, sebuah klip kertas berharga US$185 (RM795). Saya tak boleh terima ini).”


sumber

loading...

No comments