Tak Makan Sayur Sebab Tak Sedap? Akibatnya Boleh Buat Anda Ubah Fikiran! - Info Viral

Terkini

Tak Makan Sayur Sebab Tak Sedap? Akibatnya Boleh Buat Anda Ubah Fikiran!

makan sayur untuk sihat, kesan buruk tak makan sayur, sayur tak sedap,

Anda sering mengalami masalah pencernaan? Berhati-hatilah! Jangan ambil lewa masalah ini kerana ia boleh menjurus kepada risiko kanser usus.

Memetik Okezone, pakar onkologi Dr Henry Naland berkata faktor keturunan menjadi salah satu penyebab utama kanser usus, namun faktor pemakanan juga menjadi penyumbang besar kepada penyakit ini.

Henry berkata amalan tidak sihat seperti jarang mengambil sayuran menyebabkan tubuh seseorang kekurangan serat penting diperlukan tubuh, sekali gus boleh menyebabkan kanser usus.

"Serat penting untuk mengeluarkan baki kotoran atau zat tidak diperlukan tubuh. Kotoran yang gagal dikeluarkan segera dari tubuh akan menjadi racun dan mengubah komposisi sel dalam tubuh. Perkara itu boleh menjadi tanda awal kanser," katanya.

Sayangnya, tak semua orang menggemari sayuran, malah terdapat segelintir individu yang tidak pernah makan sayur dalam hidupnya kerana menganggap ia tidak enak dimakan.

makan sayur untuk sembelit buasir kolestrol, sayur elak kanser usus, kenapa mesti makan sayur,

Selain kanser usus, mengabaikan pengambilan sayur dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan beberapa penyakit lain seperti:

1. Sembelit
2. Buasir
3. Gula dalam darah tinggi dan kencing manis
4. Kolestrol tinggi dan sakit jantung

Jadi, bagi sesiapa yang kurang mengambil sayuran dalam hidupnya, ubahlah gaya hidup anda.

loading...

No comments