Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu
Agak melucukan apabila seorang pelancong wanita di China rebah tak sedarkan diri selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed menyebabkan ia patah di sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan.
Pun begitu, anda mungkin mengalami perkara sama apabila mengetahui barangan yang tak sengaja dirosakkan bernilai 300,000 yuan (RM190,000).
Memetik Shanghaiist, sebelum kejadian berlaku wanita itu sedang mencuba gelang berkenaan ketika mengunjungi pasar jed Ruili Jiegao, Selasa lalu.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu harganya menyebabkan dia mencabut gelang berkenaan dengan tergesa-gesa. Malangnya, gelang itu patah dua selepas terjatuh ke lantai dan dia kemudiannya dimaklumkan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM190,000.
Insiden itu menyebabkan wanita terbabit mengalami serangan panik sehingga jatuh pengsan.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik selepas penilaian dilakukan mendapati gelang itu bernilai 180,000 yuan (RM114,000).
loading...
No comments