Wajib Cuba! 7 Makanan Untuk Penderita Darah Tinggi - Info Viral

Terkini

Wajib Cuba! 7 Makanan Untuk Penderita Darah Tinggi

7 Makanan Untuk Penderita Darah Tinggi

Jangan main-main dengan penyakit darah tinggi atau hypertension. Ini kerana ia merupakan masalah kesihatan yang serius dan juga berat jika tidak dikawal.

Untuk jangka masa panjang, darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah dan menjadi punca kepada sakit jantung, buah pinggang, strok dan juga pelbagai masalah kesihatan lain.

Malah, darah tinggi ini sebenarnya merupakan 'silent killer' kerana tidak mempunyai simptom tertentu. Bagaimanapun, diet dikatakan mempunyai peranan penting dalam memastikan tekanan darah terus tinggi, terkawal atau rendah.

Ini termasuklah diet yang mengurangkan pengambilan garam, lemak dan juga alkohol. Pesakit darah tinggi juga digalakkan mengambil makanan yang tinggi pottasium, kalsium dan juga magnesium. 

Selain itu, anda harus mengambil makanan dari sumber protein yang rendah lemak, gandum penuh dan lebihkan lagi sayuran serta buahan.

Nak tahu lebih lanjut, berikut merupakan antara makanan yang mampu membantu menurunkan tekanan darah anda jika diambil secara konsisten dalam diet. Moga membantu!


1. Sayuran hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam, kale, lettuce dan sebagainya mengandungi pottasium yang tinggi. Ia berfungsi dengan cara membenarkan buah pinggang anda menyingkirkan lebih banyak garam melalui air kencing, seterusnya membantu menurunkan kadar tekanan darah.


2. Kentang

Siapa sangka kentang begitu berkhasiat? Ia mengandungi sumber pottasium dan juga magnesium yang tinggi, dua elemen yang membantu menurunkan tekanan darah anda. Malah ia tinggi dengan serat yang baik untuk kesihatan anda.


3. Susu skim 

Amalkan mengambil susu skim kerana ia membantu menambah sumber kalsium pada badan anda. Kalsium juga merupakan elemen terpenting untuk menurunkan tekanan darah.

Jika tidak gemarkan susu, anda boleh menukar menu ini dengan yogurt rendah lemak. Elakkan mengambil susu krim penuh ya.


4. Pisang

Ya, pisang kan merupakan sumber potassium yang baik! Ambil pisang yang segar adalah lebih baik daripada mengambil makanan tambahan. Masukkan sahaja hirisan pisang dalam sarapan anda atau dijadikan snek sihat.


5. Bawang putih

Sejarah membuktikan bawang putih terbukti menyembuhkan banyak penyakit termasuklah darah tinggi. Ia telah diaplikasikan sejak era tamadun Mesir, Greeks, Roman dan juga China.

Kajian mendapati mengambil bawang putih turut setanding dengan mengambil ubatan moden selepas 24 minggu!


6. Stevia

Kini stevia semakin meningkat popular di pasaran sebagai bahan pengganti gula. Namun, tahukah anda ia juga sangat baik untuk menurunkan tekanan darah?

Ada kajian mendapati mengambil steview setiap hari, mampu menurunkan tekanan darah sehingga 6.5 peratus selepas dua tahun.


7. Kunyit

Ini memang satu rempah ratus yang sangat 'powerful' yang dimiliki di alam Melayu sejak dahulu lagi. Ia merupakan agen anti-radang yang sangat berkesan yang meningkatkan pengedaran darah dan membantu menurunkan tekanan darah.

Bahan utama dalam kunyit iaitu 'curcumin' yang bertanggungjawab membantu kesihatan anda makin 'improve' dari masa ke masa ini.


sumber


loading...

No comments