Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi - Info Viral

Terkini

Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi

Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi

Penyanyi Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang bilionair Arab Saudi, Hassan Jameel.

Hubungan itu mula dihidu selepas beberapa keping gambar pasangan itu sedang bercuti di sebuah villa mewah di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini tersebar.

Rihanna dan Hassan dilihat berkucupan ketika sedang berenang di dalam sebuah kolam mandi.

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.

Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.

Hassan sebelum ini pernah bercinta dengan supermodel Naomi Campbell dan dilaporkan hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, pada Julai tahun lalu.

Sementelah itu, baik Rihanna mahu pun Naomi, masing-masing sudah tidak mengikuti media sosial Twitter dan Instagram masing-masing.

Sumber memaklumkan Rihanna mula berkenalan dengan Hassan sejak 10 bulan lalu.


sumber

loading...

No comments