Usia 60 Tahun Bukan Penghalang Lelaki Ini Menjadi Model
Tiada usia spesifik untuk anda mencapai impian yang anda pendam dan lelaki ini kini berjaya mengecap impiannya untuk menjadi model. Usianya? 60 tahun dan melihat pada gambar-gambar ini, beliau tampak lebih berkarisma dan fotogenik berbanding lelaki-lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
Philippe Dumas yang menetap di Paris mencuba nasib di laman Imgur dengan menghantar beberapa keping gambar di laman itu untuk mendapat respon netizen. Tanpa disangka, posting beliau itu mendapat lebih 400 ribu views dan beberapa agensi mula mendekati Phillipe untuk menjadikan beliau sebagai model.
Philippe sebelum ini bekerja 20 tahun di bidang sebalik tabir perfileman dan 10 tahun dalam bidang advertising. Beliau kini sudah menjadi model untuk Getty dan Joop! Homme.
Beliau memang mengambil berat tentang makanan dan exercise untuk sentiasa kelihatan fit. “saya ke gym 5 kali seminggu membuat aktiviti cardio dan angkat berat. Kadangkala saya ke kelas ballet untuk suka-suka supaya dapat memperbaiki postur badan ketika shooting. Dari segi makanan pula, saya memang menjaga pemakanan dan banyakkan makanan yang sihat. Kadangkala makan juga berger untuk memenuhi keinginan saya,” kata Philippe.
Di usia 60 tahun dengan jambang yang menawan, Philippe memang memenuhi trend hipster masa kini. Cuma Philippe tidak perlu try hard untuk nampak awesome. Harap-harap semasa usia 60 tahun, boleh maintain handsome macam Philippe.
sumber
loading...
No comments