6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Bimbit Anda Cepat Kong
Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.
Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati?
Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.
1. Cas telefon bimbit sehingga 100%
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
3. Overheating
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
4. Gunakan pengecas wireless
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
5. Cas bersama case telefon bimbit
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
6. Overcharging
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
sumber
loading...
No comments