Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari - Info Viral

Terkini

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari


Seorang bayi berusia dua bulan di China hampir kehilangan ibu jari di tangan kirinya selepas dililit oleh sehelai rambut.

Rambut dari kepala ibunya itu melilit ibu jari bayi berkenaan dengan kuat sehinggakan anggota badan itu membengkak dengan besar.

Bagaimanapun, bayi terbabit bernasib baik apabila doktor berjaya mengesan dan membuang rambut itu dalam satu operasi pada Jumaat tanpa sebarang pemotongan (jari).

Menurut Jiangsu TV, ibu terbabit yang dikenali sebagai Wang membawa bayinya itu ke hospital Renci di Xuzhou pada 10 Februari lalu.

Wang memberitahu pemberita bahawa bayinya itu sudah menangis di rumah selama empat ke lima hari tetapi dia tidak perasan perkara itu (rambut mengikat jari).

"Mungkin ia berlaku ketika saya memegangnya secara rapat, saya tidak perasan langsung dan saya tak periksa dengan terperinci." kata Wang.

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Rambut berkenaan terikat di sekeliling ibu jari bayi tersebut selama beberapa hari sehingga menyebabkan aliran darah terhenti dan menyebabkan bengkak.

Dr. Hu Jun Sheng menjelaskan perkara itu mungkin menyebabkan kematian tisu dan kemungkinan pemotongan jari jika bayi itu dihantar lambat sehari.

"Tisu lembut di ibu jari terkoyak, menyebabkan aliran darah perlahan ke hujung jari" tambahnya.

Bayi tersebut kini dalam proses penyembuhan.

Dr. Hu juga mengingatkan kepada ibu muda agar memastikan rambut mereka dalam keadaan pendek atau terikat untuk mengelakkan insiden itu dari berlaku.

Insiden ini dikenali sebagai Toe Tourniquet Syndrome dan ia boleh berlaku kepada bayi baru lahir kerana selepas mengandung, para ibu biasanya mengalami keguguran rambut.

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari


sumber



loading...

No comments