Ditawar Berlakon Porno, Kendell Jenner Naik Hantu Dengan Produksi - Info Viral

Terkini

Ditawar Berlakon Porno, Kendell Jenner Naik Hantu Dengan Produksi

Kendell Jenner marah


Model popular Kendall Jenner, naik hantu dengan sebuah produksi yang menawarkannya membintangi sebuah filem porno.

Menurut laporan USA Today, produksi terbabit membuat tawaran kepada Kendall menerusi akaun Twitter adik kepada ratu realiti TV, Kim Kardashian itu.

"Hey Kendall Jenner, kita boleh bekerjasama untuk pembikinan sebuah filem porno," tulisnya di Twitter.

Kendall ternyata berang dengan perkara itu dan tidak membalas tawaran tersebut kerana menggangap ia sebagai keterlaluan.

"Kendall telah memberi peringatan tegas kepada mereka agar tidak terus mempermainkan reputasinya.

"Dia juga telah menyekat akaun Twitter porno tersebut agar mereka tidak akan terus menganggunya dengan ayat-ayat yang tidak sopan," kata sumber.

Tambah sumber lagi, Twitter porno tersebut mungkin sengaja menulis demikian selepas Kendall  terpalit dengan kontroversi iklan Pepsi.

Terdahulu, Kendall mengakui kesal dengan tindakannya membintangi iklan Pepsi yang menyinggung aksi protes Black Lives Matter.

Sumber memberitahu, perkara tersebut telah membuatkan dia berasa bersalah dan malu serta menganggap seluruh dunia sedang membencinya.


sumber

P/s : tak semestinya orang tu seksi dia nak jadi pelakon porno.lol



loading...

No comments