Google Translate Kini Dilengkapi Teknologi NMT - Info Viral

Terkini

Google Translate Kini Dilengkapi Teknologi NMT

Google Translate Kini Dilengkapi Teknologi NMT

Terjemahan Google Translate sering menjadi bahan ketawa, dengan jawapan terjemahan yang pelik kerana membuat terjemahan mengikut perkataan. Tetapi kuasa enjin terbaru Neural Machine Translation (Terjemahan Mesin Neural – NMT) akan menjadikan terjemahannya lebih indah dan mudah difahami.

NMT membolehkan Google Translate meneliti seluruh ayat, untuk memberikan hasil terjemahan yang lebih tepat tatabahasanya. Ini menjadikan terjemahan Google Translate lebih realistik. Kini, NMT menyokong Bahasa Melayu di dalam Google Translate.

Google Translate Kini Dilengkapi Teknologi NMT

Teknologi NMT pertama kali dibentangkan sebagia satu kertas kerja, sebelum diaplikasikan ke dalam Google Translate dan diumumkan penggunaannya kepada umum pada November 2016. NMT kini menyokong lebih 70 pasangan bahasa di seluruh dunia, termasuk China, Jepun, Korea, Itali dan sebagainya.

Di dalam Google Translate sendiri, ia menyokong terjemahan 103 bahasa. Menurut Google, Malaysia merupakan antara pengguna Google Translate paling aktif di dunia.

Google Translate Kini Dilengkapi Teknologi NMT

Satu lagi kelebihan NMT adalah kebolehannya menterjemah antara bahasa. Misalnya jika tiada terjemahan terus antara Inggeris dan Jepun, ia boleh mencari terjemahan yang sama antara Inggeris dan Korea, kemudian terjemahan Korea dan Jepun. Cara ni lebih efektif untuk keluarga bahasa yang sama, seperti Jepun, Korea dan China, atau Sepanyol, Itali dan Perancis.

Bagaimanapun, kuasa NMT masih di peringkat awal. Terjemahan pelbagai bahasa di dalam satu ayat, masih tidak mampu diterjemahkan seperti ayat manglish yang menjadi bahasa perbualan di Malaysia seharian. Kata pujangga dan peribahasa juga sangat sukar untuk diterjemahkan, dan ini memerlukan bantuan orang ramai untuk mendapatkan terjemahan paling tepat.

Seperkara lagi, disebabkan satu perkataan boleh memberi banyak makna, kadang-kadang Google Translate memberikan terjemahan yang salah. Sebaiknya, tulis ayat yang mahu diterjemahkan agar konteks ayat lebih difahami untuk memberikan terjemahan yang lebih tepat.

Adakah anda selalu menggunakan khidmat Google Translate? Dapatkah anda rasakan perbezaan kualiti terjemahan Google Translate baru-baru ii? Ia adalah hasil kuasa Terjemahan Mesin Neural.


Sumber : Theskop

loading...

No comments