Berat Badan Lebih 100kg, Mariah Carey Susah Hendak Berjalan
Penyanyi terkenal Mariah Carey dikatakan sukar untuk berjalan disebabkan berat badannya yang sudah mencecah lebih 100 kilogram (kg).
Mariah kini dilaporkan mempunyai selera makan yang agak melampau sehingga dia disahkan mempunyai pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Menurut laporan Ace Showbiz, tubuh yang gemuk membuatkan penyanyi My All itu dilihat sukar berjalan ketika mengadakan persembahan di Caesars Palace, 11 Julai lalu.
Salah seorang sumber yang berada di konsert itu mengatakan, Mariah sering menghilangkan diri setiap 15 minit ke belakang pentas untuk berehat.
"Dia memakai kasut tumit tinggi 5 inci ketika persembahan, tetapi tidak dapat berjalan lama dan hanya berjalan beberapa langkah. Lulutnya kelihatan begitu sukar untuk menahan berat badannya," menurut sumber.
Menurut doktor pakar nutrisi yang membuat pemeriksaan ke atas tubuh penyanyi itu telah mendedahkan Mariah mempunyai 65 penyakit termasuk sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi yang berpunca daripada obesiti.
Sumber: Ace Showbiz Via Astro Gempak
loading...
No comments