9 Cara Paling Mudah Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Bersisik
Masalah kulit kering seringkali menimbulkan kebimbangan kerana kesannya akan menjejaskan kecantikan dan membuatkan keyakinan diri seseorang mula hilang.
Kesan buruknya kepada fizikal adalah munculnya jerawat pada wajah, kulit akan tampak kusam, mudah kedut, bersisik termasuk timbulnya bintik hitam yang diawali rasa gatal dan macam-macam lagi.
Banyak punca yang menyebabkan kulit kering dan bersisik antaranya disebabkan oleh faktor pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Bagaimanapun usah risau, atasi masalah kulit kering dan cepat berkedut dengan cara ini :
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.
2. Amalkan soya
Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Tukar kopi atau teh kepada koko
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Elak ‘tarik‘ kulit secara paksaan
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
6. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
7. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
8. Sentiasa guna pelembap
Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.
9. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Tak susah pun kan! Selamat mencuba semoga tiada lagi masalah kulit kering yang dideritai selama ini.
sumber
loading...
No comments