Harga rumah di Malaysia mahal berbanding negara maju - Info Viral

Terkini

Harga rumah di Malaysia mahal berbanding negara maju

Harga rumah di Malaysia mahal berbanding negara maju


Purata harga rumah di Malaysia tidak berada dalam kategori mampu milik kerana ia adalah 5.5 kali ganda lebih tinggi pendapatan pertengahan tahunan isi rumah.

Mengikut Laporan Keadaan Isi Rumah yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah, berdasarkan amalan antarabangsa, purata harga rumah mampu milik harus berharga tiga kali ganda daripada pendapatan pertengahan tahunan isi rumah.

Pada 2012, pendapatan pertengahan isi rumah di negara ini adalah di bawah paras RM3,626.

Mengikut laporan itu yang julung kali dikeluarkan, harga rumah di negara ini lebih tinggi berbanding negara maju berdasarkan gandaan pendapatan pertengahan tahunan isi rumah berbanding harga rumah.

Di Singapura, harga rumahnya adalah 5.1 kali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan pertengahan tahunan isi rumah, Amerika Syarikat (AS) 3.5 kali ganda, United Kingdom (UK) 4.7 kali ganda dan Ireland 2.8 kali ganda.

Laporan itu menunjukkan, pemaju hartanah di negara ini mendapat margin untung yang tinggi iaitu 21 peratus, yang mana hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding AS (12 peratus), 1.2 kali ganda berbanding UK (17 peratus) dan lebih tinggi berbanding Thailand (14 peratus).

Berdasarkan perangkaan pada 2012, harga rumah mampu milik yang mampu dibeli kumpulan isi rumah yang berada dalam kumpulan pertengahan 40 peratus ialah sekitar RM160,000 sementara bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan 40 peratus terendah ialah sekitar RM160,000.

Justeru, perangkaan itu menunjukkan langkah sedia ada tidak cukup untuk membenarkan purata rakyat Malaysia untuk memiliki rumah.

sumber


loading...

No comments