Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat - Info Viral

Terkini

Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat

Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat


Cameron Highlands: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali lagi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Baru Ringlet, di sini dan membuatkan sebahagian penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka terperangkap selepas air Sungai Ringlet naik mendadak.

Air banjir gelombang kedua itu naik lebih tinggi dari kejadian pada lewat petang Rabu lalu itu bagaimanapun surut semula kira-kira 10 minit kemudian dan pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan mengarahkan kesemua penduduk di kawasan terbabit keluar dari kediaman masing-masing bagi mengelak kejadian buruk berlaku di Cameron Highlands.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hujan kembali reda pada jam 2.30 petang tadi dan kini sudah berhenti sepenuhnya.

Pada Rabu lalu seramai enam keluarga membabitkan 26 penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam.

Kejadian hujan luar biasa yang menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands itu mengorbankan lima nyawa di tiga kawasan di sini iaitu di Ulu Merah, Kuala Terla dan Lembah Bertam dengan dua mayat terakhir ditemui kira-kira jam 11 pagi hari ini.

sumber


loading...

No comments