Gadis Thailand ini enggan jadi anak angkat Kim Kardashian
LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat keputusan yang mengejutkan apabila menolak pelawaan bintang realiti televisyen, Kim Kardashian untuk menjadi anak angkatnya.
Mail Online melaporkan, gadis berkenaan, Laddawan Tong-Keaw atau lebih dikenali sebagai Pink berkata, dia gembira apabila mendengar hasrat Kardashian itu, namun lebih berminat untuk belajar di negara asalnya dan membantu penduduk miskin di wilayah Phang Nga.
“Saya berasa sangat gementar apabila mengetahui Kardashian mahu menjadikan saya sebahagian daripada kehidupannya. Saya sangat gembira dan perkara ini akan mengubah kehidupan saya. “Semua orang mahukan kehidupan yang baik, begitu juga saya. Saya melihat perkara ini (menjadi anak angkat) tidak baik untuk saya kerana saya terpaksa meninggalkan banyak perkara di sini dan saya belum bersedia untuk berubah,” jelas Pink yang menyifatkan Kardashian sebagai wanita yang budiman.
Hasrat mengambil anak angkat itu dinyatakan oleh ibu seorang anak tersebut selepas dia bersama krew penerbitan Keeping Up with The Kardashians mengadakan lawatan ke rumah perlindungan kanak-kanak miskin di wilayah Phang Nga April lalu.
Kardashian berkata, dia tidak mempunyai sebarang maksud tersirat ketika menyatakan hasrat untuk menjadikan Pink sebagai anak angkat kerana apa yang dilakukan adalah untuk mengubah kehidupan gadis berusia 13 tahun itu.
“Saya tidak boleh melupakan dia. Saya ada memberitahu suami saya tentang Pink yang begitu comel dan baik. Saya sangat berminat untuk menjadikan dia sebagai anak angkat,” ujarnya.
sumber
loading...
No comments