(7 GAMBAR) David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan
Heboh sekejap di rata-rata netizen atau pengguna sosial media tempatan selepas mendapat tahu David Beckham akan mengunjungi Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Hal ini dipastikan melalui beberapa foto di Facebook menampilkan bintang England itu dalam acara tertutup di Majestic Hotel di ibu negara pada malam Rabu lepas.
Semalam, Khamis juga merupakan antara hari yang mungkin tak dapat dilupakan pengunjung di pusat membeli belah Pavilion apabila bapa kepada 4 orang cahayamata itu muncul mengejut di salah satu butik jam mewah sambil dikelilingi pengawal serta entouragenya.
Difahamkan suami kepada Victoria Beckham itu berada di sini untuk menghadiri pelancaran Haig Club Whisky di gedung jam mewah terkenal dunia, Breitling bersama pereka kasut terkenal dunia kelahiran Malaysia, Datuk Professor Jimmy Choo yang ditanggungjawabkan untuk menjadi hos kepada bintang bola sepak itu.
Terdahulu, jenama tersebut memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan Beckham bersama pereka kasut antarabangsa kelahiran tempatan itu menyiapkan bungkusan Haig, jenama terkenal dunia menghasilkan scotch whisky (minuman alcohol) itu untuk dihantar ke Malaysia.
Pengunjung di sekitar pusat membeli-belah Pavilion ternyata teruja dan menggunakan akaun media sosial masing-masing meluahkan perasaan gembira mereka. Ikon terkenal bolasepak dunia itu tidak ditemani ahli keluarga di mana dia dalam siri jelajah Asia mempromosikan Haig, whisky yang berasal dari Scotland tersebut di Malaysia.
sumber
loading...
Benda haram apa yang nak dibanggakan. Wiski tu kan minuman HARAM di sisi agama Islam.
ReplyDeletedorang bangga sebab beckham datang je kot.kalau aku pon suka beckham datang.dorg bukan tau pon halal haram.bagi dorang arak berjenama eksklusif.haram tetap haram
DeleteBeckhammm.. bila la nak dapat jumpa..
ReplyDeletepeminat dari kecik
ReplyDelete