Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning
Mempunyai gigi yang sihat adalah impian setiap orang. Kalu gigi sakit, maka mood kita untuk melakukan apa-apa aktiviti berkurangan. Tidak kurang juga yang mahu gigi putih kerana kelihatan lebih cantik. Disini ada beberapa tips untuk mengelakkan gigi menjadi kuning.
- Elakkan meminum kopi dan jus anggur merah secara kerap. Biasanya kedua-dua minuman ini meninggalkan kesan warnanya secara kekal di gigi kita.
- Makan banyak sayur kerana sayur boleh membersihkan gigi secara semulajadi.
- Tukar berus gigi anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.
- Minum jus atau makan buah strawberi kerana buah ini mengandungi zat yang memutihkan gigi kerana buah tersebut mengandungi kadar vitamin C yang tinggi.
- Berus gigi sekurang-kurangnya sekali dalam 12 jam.
- Menggosokkan kulit buah limau pada gigi juga dapat memutihkan gigi anda. Lakukan dengan teratur agar hasilnya dapat bertahan lama.
- Hindari merokok. Merokok adalah cara tercepat untuk mengubah warna gigi menjadi kuning.
- Manfaatkan benang gigi (flos gigi) untuk membersihkan celah gigi anda.
- Gunakan ubat gigi yang mempunyai formula yang diiktiraf untuk memutihkan gigi.
- Dapatkan nasihat doktor gigi dan pemeriksaan berkala.
Gigi putih tidak semestinya sihat tetapi dapat mengurangkan risiko penyakit gigi. Jadi, jagalah gigi anda dengan baik.
loading...
No comments