Berang Kena Tanggung Hutang RM176 Juta,Johnny Depp Saman Pengurusnya
Pelakon sensasi, Johnny Depp memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya iaitu The Management Group (TMG) sebanyak AS$25 juta atau kira-kira RM110 juta atas dakwaan kecuaian dan membuat penyataan palsu.
Johnny turut mendakwa TMG yang dimiliki oleh pasangan adik-beradik Joel Mandel dan Rob Mandel gagal memfailkan cukai pendapatannya tepat pada masanya selain mengambil pinjaman dengan faedah tinggi.
Memetik laporan Daily Mail, Johnny kini dikatakan menanggung hutang sebanyak AS$40 juta (RM176 juta) gara-gara dirinya gagal menguruskan kewangannya dengan baik
Bagaimanapun TMG dalam satu kenyataan pula memberitahu sikap boros dan kehidupan mewah aktor itu menjadi punca Johnny mengalami masalah kewangan.
Dalam pada itu, Johnny, 53, ketika diminta mengulas mengenai sikap borosnya berkata, dia berhak untuk membelanjakan wang hasil titik peluhnya.
"Saya bekerja keras setiap hari sepanjang karier saya dan percaya ramai orang disekeliling saya tetapi nampaknya mereka mempergunakan dan mengecewakan saya," katanya
sumber
loading...
No comments