Atasi Masalah Sinki Tersumbat Dengan 2 Bahan Ini ! - Info Viral

Terkini

Atasi Masalah Sinki Tersumbat Dengan 2 Bahan Ini !

sinki tersumbat

Berikut merupakan beberapa cara untuk baiki sinki tersumbat anda.

Bahan – Bahan:


  1. Cuka
  2. Baking Soda
  3. Dan semestinya sinki! Heee
sinki tersumbat

Cara – cara untuk menjayakannya:

1. Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.

2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.

3. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.

Lihatlah hasilnya..jadi ke tak?

Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya.. Well tu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki korang.. So kena guna cara yang extreme sikit.

Atasi Masalah Sinki Tersumbat Dengan 2 Bahan Ini !

1) Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor.

2) Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi.

3) Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.

4) Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.

5) Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.

6) Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!


sumber


loading...

No comments