Inilah Beras Paling Mahal Di Dunia, Harganya Mencecah RM400 Untuk Sekilogram - Info Viral

Terkini

Inilah Beras Paling Mahal Di Dunia, Harganya Mencecah RM400 Untuk Sekilogram

Beras Paling Mahal Di Dunia Harga RM400 Kinmemai Premium

Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia. Tetapi terdapat jenis beras ini yang didakwa sebagai beras paling mahal di dunia. Beras yang berasal dari Jepun ini telah tercatat di dalam Guinness World Record sebagai beras paling mahal di dunia. Beras jenis Kinmemai Premium ini berharga $109 US Dollar untuk sekilogram.

Kinmemai Premium rice expensive,

Beras ini merupakan campuran dari pelbagai benih terbaik di Jepun seperti benih Prefektur Gunna, Gifu, Kumamoto, Nagano dan Nigata. Padi itu ditanam selama 6 bulan dan membuatkan ianya lebih berkhasiat daripada padi yang ditanam dalam jangka masa yang singkat.

Beras ini dihasilkan oleh Toyo Rice Corp yang terletak di Wakayama, Jepun. Syarikat ini mendakwa berasnya menggunakan teknologi padi yang telah dipatenkan, serta menggunakan kaedah yang berkesan dan efektif untuk menjaga kandungan vitamin yang bermanfaat.

Kinmemai Premium beras paling mahal,

Beras ini tidak perlu dicuci sebelum di masak, tetapi seeloknya direndam selama 30 minit untuk rasa yang optimal. Beras Kinmemai Premium dikhabarkan akan dipasarkan pada tarikh 1 November 2017 di Singapura, dan akan dipasarkan pula ke Hong kong dan Amerika Syarikat bermula tahun hadapan.

Kredit wowmenariknya

loading...

No comments