Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan - Info Viral

Terkini

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan


Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

Kalau sebelum ni aku ada buat entri mengenai rumah ditengah highway di China..aku baru publish hari ni..dah bersawang duk dalam draft..entri publish skali..yang belum baca boleh baca kat SINI..

dan sedar tak sedar rumah tersebut telah pon dirobohkan beberapa hari yang lepas..dibawah ini sedikit sebanyak info dari berita online

SATU-SATUNYA rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah jalan raya yang baru dibina di Zhejiang, China dan menjadi simbol penentangan terhadap pembayaran pampasan tidak adil oleh kerajaan

Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).

Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.

Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,
Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan.

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

sumber

loading...

No comments