COOL : “Deo”, Gula-Gula Yang Membuatkan Badan Anda Menjadi Wangi - Info Viral

Terkini

COOL : “Deo”, Gula-Gula Yang Membuatkan Badan Anda Menjadi Wangi

deo perfume candy

Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai aroma seperti bunga mawar segar dari Bulgaria. Kesan wangian ini disebabkan oleh geraniol, iaitu sejenis antioksidan yang mengeluarkan aroma harum dan jika gula-gula itu dimakan, ia mampu meninggalkan bau wangi selama yang mungkin di dalam tubuh anda. Wangian Deo Perfume Candy pada tubuh anda akan bertahan selama 6 jam.

“Geraniol adalah sejenis antioksidan yang beraroma harum, jika di makan aromanya akan keluar dari pori-pori tubuh,” ujar jurucakap pengilang produk ini. “Secara ilmiahnya, itu akan membuat aroma wangi dan manis dapat bertahan selama beberapa jam.”

Perusahaan Beneo mengatakan cara gula-gula ini berfungsi diibaratkan seperti mengunyah bawang. Gula-gula bebas-gula ini turut mempunyai rasa lemon dan dijual USD 10 untuk satu bungkus. Hari ini, Deo Perfume Candy sudah pun dijual di Sepanyol, Jerman, China, Korea dan akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun depan.

sumber

PS/: halal ke tak?perlu ditapis sekiranya masuk ke pasaran Malaysia..

loading...

No comments