Makan 35 baulu sehari - Info Viral

Terkini

Makan 35 baulu sehari



BACHOK: Tiada yang pelik mengenai seorang kanak-kanak sindrom Down berusia 12 tahun yang gemar memakan kuih baulu tetapi ia menimbulkan tanda tanya apabila Siti Mahani Abdullah menghabiskan 35 biji bahulu setiap hari.
Kuih tradisional itu menjadi makanan utama yang digemari kanak-kanak berkenaan.

Menurut ibunya, Maznah Hashim, 44, anaknya itu langsung tidak makan nasi dan hanya mencari kuih baulu untuk dimakan setiap hari. Katanya, kegemaran anaknya itu menyebabkan dia memperuntukkan RM100 sebulan bagi membuat kuih baulu selain menanggung kos membeli lampin pakai buang dan susu tepung.

“Akibat suka makan baulu, semua gigi anak saya dicabut kerana mengalami penyakit karies gigi.

“Saya hanya mempunyai satu loyang kecil yang dapat membuat lima biji baulu pada satu-satu masa sedangkan saya perlu membuat 100 biji baulu sehari untuk disimpan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Telong, Kandis, di sini, semalam.

Menurutnya, anak keenam daripada sembilan beradik itu tidak pernah makan nasi sejak kecil dan hanya bergantung kepada kuih baulu.

Saya memberinya vitamin sebagai makanan tambahan memandangkan dia tidak mendapat cukup zat dengan hanya makan baulu.

Suaminya, Abdullah Mat, 52, berkata, dia tetap bersyukur anaknya tidak mengalami penyakit teruk walaupun mempunyai tabiat itu.

Katanya, anaknya yang menghidap sawan, menerima rawatan bulanan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya bersyukur kerana dia tidak mempunyai penyakit kritikal dengan pemakanannya itu,” katanya.


SUMBER : HARIAN METRO
loading...

No comments