Tom's basement : Kisah Disebalik Episod Ke 13 Tom And Jerry - Info Viral

Terkini

Tom's basement : Kisah Disebalik Episod Ke 13 Tom And Jerry

tom and jerry scary, kisah tom and jerry, kucing tikus

Bila bercakap tentang Tom and Jerry, pasti yang terlintas dalam fikiran kita adalah karakternya yang lucu dan menghiburkan. Namun, bagaimana jika ada sebuah episod yang terbalik dengan pernyataan tersebut? 

Sebenarnya, episod ini adalah episod ke 13 Tom and Jerry yang pendek diarahkan oleh pengarah Czechoslovakia, Gene Deitch dan merupakan sebuah episod yang tidak terkenal. 

Episod ini mempunyai kualiti yang buruk beserta kesan suara yang cukup mengganggu dan animasi didalamnya berisikan kekerasan.

Menurut sumber dari pelbagai pihak, Deitch sebenarnya diberikan kontrak untuk membuat lebih dari tiga belas episod yang biasa dipertontonkan kepada umum.

Kisah Disebalik Episod Ke 13 Tom And Jerry

Entah mengapa, mungkin kerana tidak berpuas hati akan kontraknya atau beberapa sebab lain, Deitch kemudiannya membuat sebuah episod pendek animasi Tom and Jerry yang kemudiannya disebut oleh banyak pihak sebagai the lost episode of Tom and Jerry. Episod ini diberi judul "Tom's basement".

Pemilik Tom dalam episod ini nampak lebih garang dibandingkan dengan episod-episod yang lain. Selain itu, Jerry digambarkan sebagai tikus dengan muka yang jahat. Episod ini juga memaparkan adegan penyeksaan, darah yang merecik di banyak tempat, reaksi menangis akibat dari penderitaan, dan penggunaan kata yang kasar. Ada teori yang mengatakan, Deitch sebenarnya tidak menyukai konsep ceria dari Tom and Jerry. Oleh kerana itu, Deitch membuat episod ini untuk merosakkan animasi Tom and Jerry.

loading...

No comments