Bayi Dilahirkan Selepas 'Beku' 24 Tahun - Info Viral

Terkini

Bayi Dilahirkan Selepas 'Beku' 24 Tahun

Bayi Dilahirkan Selepas 'Beku' 24 Tahun

Seorang bayi daripada embrio yang dibekukan pada 1992, selamat dilahirkan pada 25 November lalu di Knoxville, Tennessee.

AFP melaporkan seperti dipetik Utusan Online, kelahiran bayi diberi nama Emma Wren Gibson itu mencatat rekod dunia bagi kelahiran sedemikian.

Menurut National Embryo Donation Centre (NEDC), embrio itu merupakan hasil persenyawaan benih pasangan lain sebelum dibekukan pada 14 Oktober 1992.

Mark Mellinger selaku Pengarah Pemasaran NEDC berkata, Tina Gibson, 26, dilahirkan pada 1991, sekali gus menjadikan embrio itu muda setahun daripada ibunya.

oldest embrio, bayi embrio 24 tahun,

Tina hanya dimaklumkan doktor mengenai embrio terbabit selepas dia hamil menerusi embrio yang dibekukan 24 tahun itu.

“Pada ketika itu saya hanya mampu melihat mereka dan berseloroh, adakah anda bergurau?” katanya.

Menurut Mellinger, Tina dan suami memilih embrio itu berdasarkan profil ciri genetik, namun mereka tidak dimaklumkan tempoh embrio berkenaan sudah dibekukan.

adopt oldest embrio 24 years,

"Doktor menggunakan tiga embrio beku ke atas Tina, namun hanya satu embrio yang berjaya.

“Kes ini menjadi embrio beku paling lama yang berjaya sehingga dilahirkan,” katanya.


Sumber : CARI

loading...

No comments