Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia - Info Viral

Terkini

Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia

Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia


Bukan mudah bila berjauhan dengan pasangan, bukan? Rasa rindu bagaikan merenggut jantung dan hati?

Biasalah, zaman ini percintaan jarak jauh bukan lagi perkara asing. Si gadis berada di kutub utara, si jejaka berada di kutub selatan.

Alangkah indahnya jika waktu malam dapat berbual bersama, bersentuhan dan mendengar jantung si dia, bukan? Jangan terkejut, mungkin kini anda tidak lagi perlu berasa gusar kerana adanya gajet yang diberi nama Pillow Talk dapat membantu anda.


Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia


Ia memungkinkan anda merasai si dia berada lebih dekat dengan mendengarkan detak jantungnya ketika anda sedang tidur. Bagaikan berada di sebelah anda sahaja!

Pillow Talk didatangkan dalam bentuk gelang dan juga pembesar suara mini yang boleh dihubungkankan dengan telefon pintar anda!

Gelang yang dipakai dapat mengesan bunyi detak jantung melalui nadi pada tangan anda. Ia akan mengeluarkan bunyi detak jantung itu melalui pembesar suara mini pasangan anda. Dan begitulah juga anda alaminya, mendengarkan detak jantung si dia pada setiap malam. 

Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia


Percayalah, anda berasa lebih selamat dan lena dengan adanya gajet ini. Selain itu, anda juga boleh menghadiahkan gajet ini untuk ibu dan bapa anda agar sentiasa berasa dekat dengan anda meskipun berjauhan setiap hari!



sumber

P/s: Yay or nay??lulz


loading...

No comments