Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi - Info Viral

Terkini

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi


MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami membawa padah apabila dia dikenakan denda hampir AS$90,000 (RM308,553).
Manuel Alvarado, 60, perlu membayar sebanyak AS$89,172 (RM307,868) kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tindakannya itu turut mengakibatkan usaha pemindahan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, banyak penerbangan ditunda dan pemeriksaan oleh skuad bom polis, kata peguamnya, Brian Bieber.

Insiden tersebut berlaku sejurus sebelum penumpang menaiki penerbangan Aviance ke Bogota pada 22 Oktober lalu apabila doktor warga Venezuela itu dengan nada bergurau memberitahu pegawai keselamatan bahawa dia membawa bahan letupan jenis C-4.

Walaupun dia kemudiannya memberitahu bahawa kenyataan tersebut hanya sekadar gurauan tetapi ia sudah terlambat kerana pihak berkuasa lapangan terbang mengambil seirus terhadap perkara itu.

Bieber berkata, dia tidak berniat untuk menakutkan sesiapa dan menyedari apa yang dilakukannya sebagai kesilapan terburuk dalam hidupnya.
Sejak tragedi serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2011 , penalti terhadap ancaman bom telah diperketatkan beberapa kali.

sumber

P/s : takde keje cari keje..kan tak memasal kena bayar denda berpuluh ribu...


loading...

No comments