Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna, Rosakkan iPhone
Iklan tersebut, yang tersebar di seluruh laman web, mendakwa bahawa kemaskini terkini dengan iOS 7 akan memberi fungsi keselamatan kalis air di mana "suis pintar" dan "litar halus" di dalam iPhone akan dilindungi secara automatik bersentuhan dengan air.
Mereka yang terbabit dalam penipuan ini turut menggunakan huruf yang sama seperti digunakan pihak Apple berserta latar belakang putih yang bersih, yang menyatakan: "Kemaskini dengan IOS 7 sekarang dan jadi pengguna pertama yang kalis air. Dalam keadaan kecemasan, suis pintar akan menutup bekalan kuasa telefon dan komponen yang sama untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada litar dalam iPhone anda."
Pengguna yang kelihatan naif akan mempercayai iklan tersebut dan mengemaskini gajet mereka sebelum merendamnya di dalam air untuk menguji ciri "keselamatan" berkenaan, hanya untuk mendapati bahawa mereka telah merosakkan gajet mereka sendiri.
Ada sesetengah pengguna yang melontarkan rasa marah dan kecewa mereka di Twitter. Seorang pengguna telah menulis: "Ok, whoever said IOS7 is waterproof GO F*** YOURSELF ". Manakala yang lain: "WTF # iOS7 isn’t waterproof!!! now my phones at the bottom of the river.”
Pengenalan kepada sistem operasi terbaru iOS 7 ini mula menjadi kegilaan ramai sejak ia mula diperkenalkan kepada umum. Ia diumumkan di persidangan tahunan syarikat berkenaan pada bulan Jun lalu di mana Ketua Eksekutif, Tim Cooks menganggap ia sebagai "perubahan terbesar kepada iOS sejak iPhone."
Malah, beberapa penganalisis menyatakan bahawa iOS 7 mewakili sesuatu yang besar kepada pengguna dan pembinanya dari segi pengalaman daripada iPhone 5S dan iPhone 5C yang dijadualkan akan dijual Jumaat ini.
"Saya rasa orang ramai tidak tahu bagaimana besarnya kesan iOS 7 yang baru ini," kata Carl Howe, penganalisis kepada Yankee Group. "Perisian ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Ia seolah-olah memberi gambaran kepada pengguna bahawa mereka bagaikan telah mendapat telefon baru."
Walaupun iOS telah direka semula dari bawah ke atas, bahagian terbaiknya adalah anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli iPhone atau iPad baru semata-mata mahu mengambil kesempatan untuk mengemaskini sistem terkini.
"Sejak kami membuat kemaskini yang mudah, dan menjadikan ia tersedia kepada pengguna di seluruh dunia, iOS 7 dengan cepat akan menjadi sistem operasi mudah alih yang paling popular di dunia," kata Cook semasa pelancaran iPhone terbaru syarikat itu.
sumber
loading...
No comments