Fakta : 6 Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika
Jom kita tengok produk-produk di Amerika yang korang rasa berasal dari Amerika tapi sebenarnya bukan berasal dari Amerika.. kah3.apa pon tak boleh LOL
1. Bendera Amerika
Menurut laporan  daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport  bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga  2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun  2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7  juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.
2. Bola Lisut 
Lebih 80%  pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika  Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam  kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak  di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat  menggunakan tangan dan bukan mesin.
3. Hot Dogs.
Hot dogs sebenarnya  berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran  daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang  dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13  lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej  yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama  yang digunakan iaitu 'hot dogs'. 
4. Kereta Amerika.
Ramai yang  menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan  produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya  diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan  kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya  dibuat dari luar Amerika Syarikat.
5. Anak Patung.
Anda sangka anak  patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama "American Girl" dibuat  100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung  ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.
6. The Statue of Liberty.
Mungkin kebanyakkan  anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada  pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang  tahu bahawa setiap komponen dan bahan binaan patung ini dibina di  Perancis dan dibawa ke Amerika Syarikat melalui kapal laut.
loading...






 
 
 
 
 
 



No comments