Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi untuk membantu golongan artis berubah menjadi insiden memalukan apabila dirinya dimaki oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu bersarapan di sebuah kedai.
Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laporan media sebelum ini.
"Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.
"Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut. Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).
"Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti," katanya.
Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Zed menegaskan tidak hairan dengan gertakan yang ditujukan terhadap dirinya itu. Namun, jauh disudut hatinya terdetik rasa malu kerana perkara tersebut, berlaku di hadapan isterinya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.
"Saya tidak hairan dengan apa yang terjadi. Saya sudah lali dengan kutukan sebegini kerana saya tahu sebagai artis tidak semua orang senang dengan gerak-geri kita. Sejujurnya, sebaik saja diberikan amanah untuk menjawat jawatan ini, saya sudah tanam pada diri saya bahawa kemungkinan yang bakal saya lalui.
"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Inilah asam garam yang perlu saya lalui sebagai pejuang nasib anak seni tempatan melalui persatuan. Saya berani menanggungnya.
"Tiada masalah bagi saya untuk mereka gertak sebegitu asalkan dia tidak sentuh saya atau memukul saya. Kalau mereka sentuh saya, mungkin perkara lain akan terjadi. Namun, saya kurang selesa kerana ianya berlaku dihadapan isteri saya," jelasnya.
Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak mahu perkara lain berbangkit.
"Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.
"Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran berkenaan juga buat tidak tahu saja," ujarnya.
Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.
1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.
2. Insurans untuk golongan artis.
SUMBER
3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.
loading...
artis oh artis..kalo xder buat hal..xkn ad org maki.
ReplyDelete