Inilah Punca Kenapa Anda Selalu Letih Walaupun Tidur Cukup - Info Viral

Terkini

Inilah Punca Kenapa Anda Selalu Letih Walaupun Tidur Cukup

Inilah Punca Kenapa Anda Selalu Letih Walaupun Tidur Cukup


Tidur yang tidak mencukupi bukan lagi menjadi penyebab utama anda selalu letih.

Kadangkala, perkara kecil yang anda lakukan atau yang tidak anda lakukan boleh menyebabkan anda berasa letih dari segi mental dan fizikal yang mungkin akan mengganggu aktiviti harian anda.

Ketahui penyebab yang membuatkan anda berasa letih, supaya anda lebih peka dengan kehidupan harian yang lebih baik.


1.Tidak mengambil sarapan pagi

Makanan yang anda ambil sebelum tidur akan digunakan untuk mengepam darah dan oksigen. Jadi apabila bangun dari tidur, anda perlu isi semula tenaga anda dengan sarapan pagi. Jika anda meninggalkan rutin tersebut, anda akan rasa lemah.


2.Suka sangat makan snek atau makanan ringan

Kajian mendapati makanan yang tinggi kandungan gula dan pengambilan gula yang berterusan akan membuatkan tubuh badan menjadi lemah. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, kawal pengambilan gula dengan mengambil bijirin dalam setiap makanan. Anda boleh tambahkan ayam yang dipanggang dan nasi. Selain itu boleh tambahkan ikan salmon, ubi kentang, sayur dan buah.


3.Gangguan gajet sebelum atau ketika tidur

Cahaya daripada gajet anda seperti tablet, telefon bimbit atau pun komputer anda mampu mengganggu kitaran tidur anda. Jadi elakkan menggunakan kesemua teknologi tersebut satu atau dua jam sebelum tidur. Letakkan kesemua gajet anda jauh dari tempat tidur supaya anda malas untuk mencapainya sekiranya anda tidak mampu lelapkan mata.


4.Anda bergantung kepada kafein sepanjang masa

Mulakan hari dengan mengambil kopi tidak menjadi masalah. Malah kajian mendapati pengambilan tiga cawan kopi sehari bagus untuk anda. Tetapi pengambilan yang tidak wajar akan mengganggu kitaran tidur anda. Ini kerana kandungan kafien yang akan menghalang sel aktif dalam tubuh badan dan akan membuatkan anda mudah tidur. Pengambilan kafien enam jam sebelum tidur mampu mengganggu tidur anda.


5.Berjaga hingga lewat malam di hari minggu

Berjaga sehingga lewat malam akan membuatkan badan anda menjadi letih. Tetapi sekiranya anda tidak mahu ketinggalan dalam kehidupan sosial anda, tidur sebenar di waktu petang sebelum menjalani aktiviti di waktu malam. Ambil masa selama 20 minit untuk lelapkan mata. Tetapi bukan tidur dengan nyenyak kerana ianya akan membuatkan anda lebih letih.


6.Tidak mengambil air yang cukup

Dehidrasi akan mengurangkan kandungan darah dan akan membuatkan darah menjadi pekat. Ini akan menyebabkan jantung anda mengepam lebih perlahan. Ianya akan membuatkan keletihan kerana udara tidak sampai sepenuhnya ke tubuh badan. Jadi ambil air mengikut berat badan anda. Selain untuk tidur yang baik, ianya baik untuk kecantikan kulit.


sumber


loading...

No comments